Pengumuman Kematian

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa ahli kariah kita, Saudara Boy (bekas kakitangan penyelenggaraan ODC) dari Blok A, Tingkat 17, One Damansara Condominium telah kehilangan ibu tercinta, Salmah Binti Hashim, yang telah kembali ke Rahmatullah hari Jumaat, 7 Februari 2025 bersamaan 8 Syabaan 1446H. Sama-sama kita doakan moga Almarhumah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, diterima segala amal ibadahnya dan diampunkan segala dosa-dosanya.

Urusan Pengkebumian Jenazah

Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, pada 8 Februari 2025.


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

“Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.“

Al Fatihah buat Allahyarhamah. Salam takziah buat keluarga dan semoga tabah dengan dugaan Allah.


Siaran Berkaitan: