BIRO KECIL BADAN KHAIRAT KEMATIAN, ONE DAMANSARA CONDOMINIUM
Biro Kecil BKK One Damansara Condominium ditubuhkan untuk menyokong Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Damansara Damai (BKKKDD) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-003-10-12052005) pada 5 Disember 2005. Objektif penubuhan adalah bagi memberi bantuan kewangan serta tenaga kepada ahli dan tanggungan ahli yang berdaftar apabila berlaku kematian di antara mereka, serta turut membantu dan menguruskan hal-hal kebajikan ahli.
TANGGUNGJAWAB BIRO KECIL BKK, ODC
- Membantu penduduk ODC dalam proses pendaftaran ahli.
- Penghubung kepada Badan Khairat Kematian dan Kebajikan (BKKKDD), Apartment Idaman, Damansara Damai dalam urusan tuntutan.
Sila layari laman web Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Damansara Damai (BKKKDD) untuk maklumat lanjut.