Latar Belakang

Pandangan panorama ruangan solat utama Surau Luqman Al-Hakim, One Damansara Condominium.

Ruangan Solat Utama Surau Luqman Al-Hakim, One Damansara Condominium

Surau Luqman Al-Hakim merupakan salah satu surau di bawah Masjid Al-Muhtadin, kariah Damansara Damai, Petaling Jaya. Berkeluasan kira-kira 1,400 kaki persegi, ianya terletak di Aras 1, Blok A, One Damansara Condominium. Keluasan ruang solat utama adalah kira-kira 950 kaki persegi, mempunyai enam saf, dan mampu memuatkan kira-kira 80 orang. Untuk solat terawih pula, Surau Luqman Al-Hakim boleh menampung jemaah tambahan sehingga 60 orang di ruang limpah surau mengikut keperluan.

Nama surau ini telah dipilih oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Haji Mustapha Kamal Abu Bakar, iaitu pengasas syarikat hartanah MK Land. Nama Surau Luqman Al-Hakim dipilih oleh beliau melalui sebuah pertandingan.

Pengiktirafan surau

Imbasan sijil perakuan arah kiblat One Damansara Condominium daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Sijil Perakuan Arah Kiblat


Moto

Imarah membawa barakah.

Misi

Visi

Sistem Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Masjid Al-Muhtadin

Surau Luqman Al-Hakim


Isu Semasa Surau

Bau Busuk

Berpunca daripada bangkai burung-burung yang sesat di atas siling surau. Burung-burung ini turut bersarang dan bertelur di ruangan atas siling ini. Bangkai yang telah mereput turut meninggalkan kesan-kesan tompokan pada siling surau. Selang beberapa minggu, ruangan siling akan dibuka untuk mengeluarkan seberapa banyak bangkai yang mungkin untuk dibuang.

Pembuangan Sampah

Pembuangan sampah daripada penghuni tingkat-tingkat atas, ataupun pengunjung.

Air Pancur Rosak

Air pancur yang tidak berfungsi dan air yang bertakung kena sentiasa diganti untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.

Atap Gazebo

Kepingan atap kayu yang mereput dan tanggal.

Kebocoran

Ketika hujan lebat. Lubang telahpun ditampal pada bulan November 2024.

 

Permaidani Usang

Permaidani yang usang. Permaidani ini telah diganti dengan hasil kutipan infaq sebanyak 239 lot (RM50/lot x 239 = RM 11,950) dan infaq asal sebanyak RM2,800. Keseluruhan penggantian ini membabitkan kos sebanyak RM14,314; dengan lebihan sebanyak RM456.


Naiktaraf Surau

Penambahbaikan – Gotong-Royong 2024

Penambahbaikan – Plag Tambahan Bahagian Muslimah

Penambahbaikan – Pemasangan Cermin

Pemasangan Internet Dan Wi-Fi Percuma

Permaidani Baru

Permaidani surau telah diganti pada 20 Februari 2025.


Mengenai Laman Web Surau Luqman Al-Hakim

Laman ini dibangunkan oleh Adeeology IT Services (Nombor Pendaftaran SSM: 202303235871 (003530699-D)). Selain daripada membangunkan laman web, portal aduan pengguna, atau laman e-dagang, syarikat ini juga membekalkan barangan IT, dan menyediakan khidmat baikpulih komputer, dan pemasangan rangkaian komputer untuk pejabat dan kediaman. Untuk maklumat lanjut, kunjungi portfolio syarikat di sini, atau sila hubungi Adee di talian 010-4616553 atau melalui emel di hello@adeeology.com.my.