Pengumuman Kematian

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa ahli kariah kita, saudara Kamar Rol Zaman Bin Abd Rahman (Acik Kam) dari unit B-18-05, One Damansara Condominium telah telah kembali ke Rahmatullah hari Isnin, 11 Ogos 2025 bersamaan 17 Safar 1447H. Sama-sama kita doakan moga Almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, diterima segala amal ibadahnya dan diampunkan segala dosa-dosanya.

Urusan Pengkebumian Jenazah

Difahamkan urusan pengkebumian Allahyarham akan dibuat di Tanah Perkuburan Kota Damansara. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Muhtadin.


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

“Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.“

Al Fatihah buat Allahyarham. Salam takziah buat keluarga dan semoga tabah dengan dugaan Allah.