Pengumuman Kematian
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dukacita dimaklumkan bahawa ahli kariah kita, saudara Sartharkhaan bin Mohd Haniffa, dari unit A-02-02, One Damansara Condominium telah kembali ke Rahmatullah hari Jumaat, 11 Oktober 2024 bersamaan 8 Rabiulakhir 1446H. Sama-sama kita doakan moga Almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, diterima segala amal ibadahnya dan diampunkan segala dosa-dosanya.
Urusan Pengkebumian Jenazah
Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh, Batu Caves pada 12 Oktober 2024.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.“
Al Fatihah buat Allahyarham. Salam takziah buat keluarga dan semoga tabah dengan dugaan Allah.


