KELEBIHAN MEMBACA DOA SELEPAS WUDUK

Daripada Saidina Umar bin Al-Khattab, Nabi Muhammad ﷺ bersabda, “Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduk tersebut, kemudian berdoa (setelah berwuduk): (ertinya) “Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Dialah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan (aku bersaksi) bahawa Nabi Muhammad ﷺ adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Ya Allah jadikanlah aku di kalangan orang yang sentiasa bertaubat dan jadikanlah aku di kalangan orang yang menyucikan dirinya,” melainkan akan dibukakan pintu syurga yang lapan untuknya. Dia boleh masuk melalui mana-mana pintu yang dia mahu.”
Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah
Siaran Berkaitan:
