SUNAT MENJAWAB AZAN

Poster hadis akan sunat menjawab azan, dan beberapa perkara sunat lain ketika mendengar azan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah sama seperti yang muazzin katakan.”

Riwayat Muslim

Perkara Sunat Ketika Azan (Bagi Pendengar)

  1. Diam ketika mendengar azan dan menjawabnya sama ada dalam keadaan bersih atau berhadas, junub atau haidh, besar atau mumayyiz.
  2. Selawat kepada Nabi ﷺ.
  3. Berdoa untuk diri sendiri kerana waktu tersebut adalah waktu yang mulia, berkat dan mustajab.
Siaran Berkaitan: