Majlis Rumah Terbuka 1445H 1 Mei 2024
Meneruskan tradisi tahunan One Damansara Condominium, pengurusan Surau Luqman Al-Hakim, sekali lagi menganjurkan majlis ‘Open House’ Hari Raya untuk tahun 1445H / 2024. Hidangan asas ditambah dengan jamuan ‘potluck’ dan tetamu dari segenap lapisan masyarakat telah hadir memeriahkan suasana. Semoga ikatan persaudaraan di antara penduduk One Damansara Condominium kekal bertaut rapat tanpa mengira bangsa, agama, dan juga pangkat. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dan jutaan terima kasih kami ucapkan buat semua tetamu yang hadir memberikan sokongan.
Persiapan ‘Open House’ 2024
Tetamu ‘Open House’ 2024
Sekitar ‘Open House’ 2024
Majlis Ilmu
Kuliah Sirah 13 Mei 2024
Kuliah Fiqh 16 Mei 2024
Kuliah Safinah an-Najah 23 Mei 2024
Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah
Abang Razak, (Abdul Razak bin Abdul Rahman, Blok A tingkat 5) telah kembali ke Rahmatullah pada waktu Asar, hari Jumaat, 17 Mei 2024. Jenazahnya telah dikebumikan keesokan paginya di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara dan bacaan Yasin dan tahlil arwah telah diadakan pada malamnya, selepas Isyak, diketuai oleh Ustaz Ameen.











































































