Pengumuman Kematian

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa ahli kariah kita, saudara Abdul Razak bin Abdul Rahman, dari A-05 One Damansara Condominium telah kembali ke Rahmatullah hari ini, Jumaat, 17 Mei 2024 bersamaan 8 Zulkaedah 1445H pada waktu Asar tadi. Sama-sama kita doakan moga Almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, diterima segala amal ibadahnya dan diampunkan segala dosa-dosanya.

Urusan Pengkebumian Jenazah

Jenazah telah tiba sekitar jam 9 malam tadi di Masjid Al-Muhtadin, dan solat jenazah akan dilakukan sekitar 9 pagi Sabtu, 18 Mei 2023 / 9 Zulkaedah 1445H. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

“Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.“

Al Fatihah buat Allahyarham. Salam takziah buat keluarga dan semoga tabah dengan dugaan Allah.


Alhamdulillah, tahlil arwah telah diadakan di surau Luqman Al-Hakim selepas Isyak tadi.

 

Siaran Berkaitan: