Assalamualaikum dan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 67 buat semua ahli kariah One Damansara Condominium yang dirahmati-Nya. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur, berpeluang menyambut 31 Ogos tahun ini, setelah Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka 67 tahun lalu.
Selaras dengan tema, ‘Jiwa Merdeka’, amat penting untuk kita sentiasa muhasabah bagi memperkasakan pemikiran, emosi dan tindakan bagi mencapai jiwa merdeka. Moga jiwa merdeka kita tidak hanya dipupuk ketika sambutan kemerdekaan semata-mata, tetapi perlu menjadi sebahagian daripada budaya hidup sebagai rakyat Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan ke 67.
Siaran Berkaitan:


