CELAKALAH TUMIT-TUMIT DENGAN AZAB API NERAKA

Poster hadis "Celakalah tumit-tumit dengan azab api neraka." yang menjelaskan akan hukum membasuh tumit ketika wuduk adalah wajib (melainkan mereka yang menggunakan khuf atau stokin). Disampaikan oleh Abu Hurairah dan riwayat oleh al-Bukhari dan al-Tirmizi.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ

Yang membawa maksud: “Celakalah tumit-tumit dengan azab api neraka”.

Pengajaran hadis ringkas ini ialah membasuh keseluruhan kaki hukumnya wajib termasuk bahagian tumit. Namun bagi mereka yang memakai khuf dan stokin, memadai menyapu bahagian atas kedua-duanya sahaja.

Hadis riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi.

Siaran Berkaitan: