KEMPEN #INFAQ10
Merupakan kempen infaq bulanan, diadakan untuk memberi peluang kepada ahli kariah yang berniat membuat sumbangan dengan kemampuan masing-masing secara istiqomah setiap bulan.

Sekiranya semua ahli kariah ODC yang berdaftar membuat infaq serendah RM10 sebulan, jumlah sumbangan ini adalah mencukupi untuk membiayai majlis-majlis ilmu di surau kita. Surau Luqman Al-Hakim membelanjakan sekitar RM1,500 sebulan untuk program-program pengimarahan surau. Pengimarahan Surau LAH termasuklah majlis ilmu; kuliah sebanyak empat kali sebulan, dan kelas tahsin Al-Quran mingguan.
Kutipan ini juga akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran, penyediaan hidangan semasa kuliah, dan belian am lain. Semoga kita semua istiqomah dalam melakukan ibadah ini agar menjadi bekalan kita di akhirat kelak walaupun sedikit tetapi bernilai di sisi Allah S.W.T.. Jazakallah khair, semoga dimurahkan rezeki dan diberkati-Nya.
قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ ۚ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia-lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.
Surah Saba ayat 39.

Surau Luqman Al-Hakim
Maybank 5640 1662 3286
Emel: surau@onedamansara.com

