Kempen Infaq Ihya’ Ramadan 1446H (KEMPEN TAMAT)

Kurang sebulan saja sebelum Ramadan kembali singgah membawa kebaikan dan berkat buat umat Islam. Seperti lazimnya, Surau Luqman Al-Hakim membuka ruang untuk berinfaq untuk kita sama-sama beramal dan beroleh pahala di dalam bulan mulia ini.

Sebagaimana tahun-tahun lepas, Kempen Infaq Ihya’ Ramadan 1446 Hijrah terbahagi kepada beberapa kempen,

  1. Infaq Karpet
  2. Infaq Moreh
  3. Infaq Kurma
  4. Infaq Buka Puasa Perdana
  5. Infaq Majlis Khatam Quran
  6. Infaq Saguhati Imam Terawih
  • Infaq Karpet telah dilancarkan pada hujung bulan Disember dan telahpun ditutup pada awal bulan Januari yang lepas. Hasil infaq kutipan infaq adalah sebanyak RM14,770, melebihi sasaran RM14,314. Lebihan kutipan ini akan disalurkan untuk tujuan pengimarahan am surau. Pemasangan permaidani ini disasarkan sebelum Ramadan.
  • Untuk Infaq Moreh, penaja mempunyai pilihan untuk menyediakan hidangan sendiri, ataupun menyerahkan dana kepada pihak surau, dan surau akan uruskan hidangan. Dana moreh ditetapkan pada RM150 untuk satu slot. Setiap malam dua slot akan dibuka untuk jumlah RM300. Sila letak rujukan MOREH.
  • Infaq Kurma bertujuan menyediakan kurma untuk tujuan berbuka. Sila letak rujukan KURMA.
  • Infaq Buka Puasa Perdana. Setiap tahun Surau Luqman Al-Hakim akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama jemaah. Tarikh majlis pada tahun ini dirancangkan pada 23 Mac 2025, Insya Allah. Sila letak rujukan IFTAR.
  • Infaq Majlis Khatam Quran bertujuan untuk meraikan khatam Al-Quran di bulan Ramadan. Sila letak rujukan TADARUS.
  • Infaq Saguhati Imam Terawih. Pihak surau memperuntukkan RM200 seorang untuk dua imam terawih jemputan. Infaq ini akan dijadikan tambahan sebagai saguhati buat imam terawih jemputan. Sila letak rujukan IMAM.

Infaq am yang diterima kebanyakannya akan dibelanjakan untuk pengimarahan surau, terutamanya majlis ilmu (seperti kuliah empat kali sebulan) dan perbelanjaan am untuk pentadbiran (seperti alat tulis, pewangi) dan penyelenggaraan (baik pulih atau servis peralatan). Terbaru, ketiga-tiga penghawa dingin surau baru saja diselenggara pada 22 Januari 2025, untuk keselesaan jemaah menunaikan terawih nanti.


Infaq Karpet

Permaidani baru telah dipasang pada 20 Februari 2025.

Sesi Pagi

Sesi Petang

Infaq Buka Puasa Perdana 1446 Hijrah

Acara tahunan kelolaan Surau Luqman Al-Hakim ini telah diadakan pada hari Ahad, 23 Mac 2025.

Majlis Khatam Quran

Majlis Khatam Quran tahunan untuk 1446 Hijrah telah diadakan pada 23 Mac 2025 selepas solat terawih.


قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ ۚ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia-lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.

Surah Saba ayat 39.

Poster firman Allah, surah Saba ayat 39, menceritakan perihal Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Terima kasih kepada semua penaja. Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan di atas keikhlasan Tuan/Puan.