Kempen Infaq Ihya’ Ramadan 1445H (KEMPEN TAMAT)

Infaq Kurma

Kurma Safawi menjadi pilihan pada Ramadan 1445 Hijrah. Jumlah sumbangan adalah bebas. Kos sekarton adalah RM162. Sesiapa yang ingin mendapatkan sekotak kurma, perlu mendaftarkan diri dan agihan akan dibuat di Surau Luqman Al-Hakim bermula pada 9 Mac 2024.

Infaq Moreh

Untuk memberi peluang kepada lebih ramai jemaah menyumbang sepanjang Ramadan, surau akan membuka dua slot infaq moreh pada setiap malam; setiap slot bernilai RM150 untuk jumlah RM300 satu malam.

Berkenaan penyediaan hidangan moreh, penyumbang mempunyai pilihan:

  1. Menyediakan hidangan sendiri, dicadangkan sebanyak 50 pek makanan dan tiada pembayaran perlu dilakukan; atau
  2. Menyerahkan kepada surau untuk menggunakan dana yang telah disumbangkan ke dalam akaun surau.

Infaq Pembahagi Ruangan Solat Muslimah

Sebanyak enam unit pembahagi ini diperlukan, dan setiap satu bernilai RM1,300. Kutipan infaq telahpun mencukupi untuk membeli tiga unit untuk kegunaan di bulan Ramadhan. Baki tiga unit lagi akan dibeli apabila kutipan dana mencukupi. Baki tiga unit pembahagi ini telahpun diterima pada 21 September 2024.

Penghargaan juga buat pembekal pembahagi ini iaitu syarikat Visi Impian Enterprise (013-2303606) kerana menyediakan penghantaran percuma di luar waktu bekerja.

Infaq Buka Puasa Perdana 1445H

Majlis Buka Puasa Perdana telah diadakan pada 24 Mac 2024.